Seksyen 20
Seksyen 20
(1)
Orang yang kompeten hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai—
18
(a)
permulaan pembinaan kerja-kerja pembetungan; dan
(b)
tarikh penyambungan ke pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam jika kerja-kerja pembetungan melibatkan apa-apa penyambungan ke pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam, dalam Borang bagi notis permulaan kerja-kerja yang hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh permulaan pembinaan yang dicadangkan.
(2)
Dokumen yang berikut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya bersama-sama dengan Borang bagi notis permulaan kerja-kerja bagi semua kerja-kerja pembetungan kecuali bagi kerja-kerja pembetungan yang hanya melibatkan pembinaan penyambungan ke pembetung awam sedia ada atau untuk pembinaan rangkaian pembetung:
(a)
satu salinan pelan-pelan struktural terperinci kerja-kerja pembetungan termasuk kehendak bagi tapak dan kestabilan bersama-sama dengan suatu salinan pengiraan reka bentuk yang jelas dalam Borang bagi butir-butir pelan struktural dan pengiraan reka bentuk; dan
(b)
satu salinan reka bentuk elektrik, reka bentuk mekanikal dan lukisan yang terperinci bagi pemasangan kerja-kerja pembetungan dalam Borang bagi butir-butir reka bentuk elektrik, reka bentuk mekanikal dan lukisan.
(3)
Orang yang kompeten atau mana-mana orang yang memulakan pembinaan kerja-kerja pembetungan sebelum memberitahu Suruhanjaya mengenai pembinaan sedemikian di bawah subkaedah (1), melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
19