Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(1)
Apabila kerja-kerja pembetungan siap, orang yang kompeten hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai tarikh kerja-kerja pembetungan akan sedia untuk pemeriksaan akhir dengan mengemukakan kepada Suruhanjaya dokumen-dokumen yang berikut:
(a)
Borang untuk pemeriksaan akhir;
(b)
dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam Garis Panduan; dan
(c)
apa-apa maklumat atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh
Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya hendaklah menyaksikan pemeriksaan akhir dan boleh apabila disifatkan perlu, mengeluarkan notis bertulis kepada orang yang kompeten untuk memperbaiki apa-apa ketidakpatuhan kepada perancangan pembetungan dan reka bentuk yang telah diluluskan atau mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan Borang untuk pemeriksaan akhir.
(3)
Orang yang kompeten hendaklah apabila memperbaiki ketidakpatuhan tersebut, memberitahu Suruhanjaya secara bertulis berhubung pembaikan tersebut dengan mengemukakan semula Borang untuk pemeriksaan akhir kepada Suruhanjaya untuk—
(a)
memperakukan kecacatan yang dimaklumkan oleh Suruhanjaya telah diperbaiki; dan 22
(b)
memberitahu tarikh bila kerja-kerja pembetungan sedia untuk pemeriksaan akhir.
(4)
Satu rekod pemeriksaan akhir hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh orang yang kompeten dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya apabila pemeriksaan akhir siap.
Penyerahan tanah dan izin lalu