Skip to content

Seksyen 27

Surat pengesahan untuk kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 27 of 39
Seksyen 27

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (2), Suruhanjaya boleh mengeluarkan surat pengesahan untuk mengesahkan bahawa perakuan pematuhan boleh dikeluarkan untuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik selepas—

(a)

menerima Borang pengisytiharan penyeliaan kerja-kerja tangki septik oleh orang yang kompeten bagi kerja-kerja tangki septik;

atau

(b)

pemeriksaan akhir untuk kerja-kerja pembetungan telah disaksikan oleh Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan surat pengesahan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik telah dibina menurut Kaedah-Kaedah ini; dan

(b)

pemaju dan orang yang kompeten telah mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.