Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(1)
Pemaju sesuatu pembangunan baru yang membina sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu yang akan diserahkan kepada pemegang lesen perkhidmatan di bawah seksyen 47 Akta hendaklah bersama-sama dengan Borang untuk kelulusan reka bentuk kerja-kerja pembetungan yang dikemukakan oleh orang yang kompeten, mengemukakan bukti dokumentari yang menerangkan bahawa segala langkah atau tindakan perlu yang dikehendaki di bawah Kanun Tanah Negara
[Akta 56/1965] atau apa-apa perundangan lain telah diambil atau dipatuhi oleh pemaju termasuk apa-apa kelulusan yang perlu diperolehi dan fi atau duti yang kena dibayar di bawah perundangan tersebut, untuk penyerahan tanah di mana sistem pembetungan atau sebahagian sistem terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri.
(2)
Apabila sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu diserahkan di bawah seksyen 47 Akta dan sebelum penyelesaian penyerahan tanah di mana sistem pembetungan atau sebahagian sistem terletak kepada Pihak Berkuasa
Negeri, pemaju hendaklah membenarkan atau menyebabkan pemilik membenarkan pemegang lesen perkhidmatan memasuki tanah dan menjalankan apa-apa pembaikan, peningkatan atau penaiktarafan sistem itu.
(3)
Jika mana-mana bahagian sistem pembetungan yang dibina oleh pemaju di atas tanah persendirian, apa-apa izin lalu telah didapatkan oleh pemaju berhubung dengan tanah sedemikian hendaklah diserahhakkan untuk selama-lamanya kepada pemegang lesen perkhidmatan.
23
Surat Pengesahan
Surat pengesahan untuk kerja-kerja pembetungan dan kerja-kerja tangki septik