Malaysia legislation

Section 27

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013

Seksyen 27

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (2), Suruhanjaya boleh mengeluarkan surat pengesahan untuk mengesahkan bahawa perakuan pematuhan boleh dikeluarkan untuk kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik selepas—

(a)

menerima Borang pengisytiharan penyeliaan kerja-kerja tangki septik oleh orang yang kompeten bagi kerja-kerja tangki septik;

atau

(b)

pemeriksaan akhir untuk kerja-kerja pembetungan telah disaksikan oleh Suruhanjaya.

(2)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan surat pengesahan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

kerja-kerja pembetungan atau kerja-kerja tangki septik telah dibina menurut Kaedah-Kaedah ini; dan

(b)

pemaju dan orang yang kompeten telah mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

Section 27 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERANCANGAN, REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGKI SEPTIK) 2013