Skip to content

Seksyen 28

of Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perancangan, Reka Bentuk dan Pembinaan Sistem Pembetungan dan Tangki Septik) 2013

P.U. (A)In forceProvision 28 of 39

Seksyen 28

(1)

Apabila sijil perakuan pematuhan ke atas sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu dikeluarkan oleh orang yang berkelayakan di bawah seksyen 47 Akta, pemaju pembangunan baru hendaklah memohon kepada Suruhanjaya dalam Borang bagi penyerahan sistem pembetungan untuk menyerahkan sistem

24

pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu kepada pemegang lesen perkhidmatan.

(2)

Pemegang lesen perkhidmatan hendaklah menerima penyerahan sistem pembentungan atau sebahagian daripada sistem itu tanpa sebarang kos bagi kegunaan sistem pembentungan awam apabila pemegang lesen perkhidmatan berpuas hati bahawa—

(a)

sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu telah disempurnakan dan semua bahagiannya berjalan dengan baik; dan

(b)

perancangan pembetungan dan reka bentuk yang diluluskan, semua syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya, Garis Panduan dan Standard telah dipatuhi.