Seksyen 29
Pengendalian dan penyelenggaraan sistem pembetungan sebelum penyerahan
P.U. (A)In forceProvision 29 of 39
Seksyen 29
Sehingga sistem pembetungan diserahkan kepada pemegang lesen perkhidmatan di bawah seksyen 47 Akta, pemaju pembangunan baru hendaklah—
(a)
bertanggungjawab untuk menyebabkan sistem pembetungan dan semua bahagiannya dikendali dan diselenggara;
(b)
membaiki sebarang kerosakan atau kecacatan pada sistem pembetungan dan semua bahagiannya; dan
(c)
mengambil semua langkah keselamatan dan penjagaan ke atas sistem pembetungan dan semua bahagiannya.