Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(1)
Apabila sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu diserahkan di bawah seksyen 47 Akta, satu tempoh tanggungan kecacatan akan dikenakan ke atas pemaju bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penyerahan kepada pemegang lesen perkhidmatan.
25
(2)
Pemaju hendaklah memberi jaminan semasa tempoh tanggungan kecacatan sistem pembetungan dan jaminan itu hendaklah diserahkan kepada pemegang lesen perkhidmatan apabila orang yang kompeten mengemukakan Borang untuk pemeriksaan akhir kepada Suruhanjaya.
(3)
Jumlah jaminan hendaklah lima peratus daripada kos sistem pembetungan yang akan diserahkan oleh pemaju di bawah seksyen 47 Akta.
(4)
Jaminan itu hendaklah diberikan dalam bentuk jaminan bank dan hendaklah sah bagi tempoh lima belas bulan dari tarikh penyerahan sistem pembetungan kepada pemegang lesen perkhidmatan.
(5)
Jaminan itu hendaklah sebagai suatu sekuriti dan bukannya bayaran pendahuluan dan tidak membebaskan pemaju daripada apa-apa tanggungan di bawah subkaedah (6).
(6)
Jika pembaikan dikehendaki dalam tempoh tanggungan kecacatan untuk apa-apa kecacatan, ketidaksempurnaan atau apa saja kerosakan yang lain yang boleh timbul atau yang disebabkan oleh bahan atau barangan atau mutu kerja yang tidak mengikuti perancangan pembetungan dan reka bentuk yang diluluskan, Garis Panduan dan Standard, pemegang lesen perkhidmatan hendaklah dengan serta merta memberitahu pemaju dan pemaju hendaklah menjalankan kerja-kerja pembaikan.
(7)
Sepanjang tempoh tanggungan kecacatan, jika pemaju gagal menjalankan pembaikan dalam tempoh dua puluh satu hari dari notis oleh pemegang lesen perkhidmatan, pemegang lesen perkhidmatan boleh menjalankan pembaikan itu.
(8)
Apa-apa kos pembaikan akibat dari apa-apa kecacatan, ketidaksempurnaan atau apa-apa kerosakan lain di bawah subkaedah (6) boleh didapatkan balik oleh pemegang lesen perkhidmatan dengan menggunakan jaminan bank yang telah diserahkan oleh pemaju di bawah subkaedah (2).
26
(9)
Jika kos pembaikan tersebut melebihi amaun jaminan bank yang diberi, lebihan itu boleh didapatkan balik oleh pemegang lesen perkhidmatan daripada pemaju dalam tempoh masa tiga puluh hari dari penggunaan jaminan bank.
(10)
Apabila jaminan bank itu telah digunakan oleh pemegang lesen perkhidmatan di bawah subkaedah (8), pemaju hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penggunaan menggantikan semula jumlah jaminan bank untuk memastikan jumlah jaminan adalah seperti yang dinyatakan di bawah subkaedah (3).
(11)
Apabila tamat tempoh jaminan bank yang dirujuk dalam subkaedah (4), jaminan bank hendaklah dibatalkan setelah ditolak apa-apa potongan ke atas apa-apa amaun yang kena dibayar kepada pemegang lesen perkhidmatan akibat daripada apa-apa kecacatan pada sistem pembetungan.