Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2026
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [P.U. (A) 493/1991], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 6A—
(a)
dengan memasukkan selepas subkaedah (1) subkaedah yang berikut:
“(1A)
Orang yang disebut dalam perenggan 6A(1)(a), (b)
atau (c) yang merupakan ahli Kumpulan Wang boleh mengkreditkan amaun yang dikeluarkan di bawah subkaedah 41(1L) ke dalam Akaun I ahli Kumpulan Wang yang merupakan anak, ibu, bapa, isteri atau suami orang itu.”; dan
(b)
dalam subkaedah (2), dengan menggantikan perkataan “subkaedah (1)”
dengan perkataan “subkaedah (1) dan (1A)”.
Pindaan kaedah 6B