Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2026

Seksyen 3

Kaedah 6B Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan subkaedah (2)

dengan subkaedah yang berikut:

P.U. (A) 37 3

“(2)

Had yang disebut di bawah subkaedah (1) tidak termasuk—

(a)

apa-apa bayaran caruman atau wang yang diremitkan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri; atau

(b)

apa-apa amaun yang dikeluarkan dan dikreditkan di bawah subkaedah 6A(1A).”.

Pindaan kaedah 41 4.

Kaedah 41 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:

(b)

dengan menggantikan subkaedah (1A) dengan subkaedah yang berikut:

“(1A) Walau apa pun subkaedah (1), jika Lembaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa tarikh lahir yang ada pada rekod ahli Kumpulan Wang itu adalah tidak betul,

Lembaga boleh memperoleh keterangan lanjut mengenai tarikh lahir ahli Kumpulan Wang itu.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subkaedah (1A) subkaedah yang berikut:

“(1AA) Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang itu di bawah subkaedah (1) dan tarikh lahir ahli Kumpulan Wang itu adalah benar,

Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang itu mengeluarkan

“Ahli Kumpulan

Wang telah mencapai umur lima puluh tahun.

(1)

Jika suatu notis pengeluaran dikemukakan kepada Lembaga di bawah perenggan 54(6)(a) Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan Wang telah mencapai umur lima puluh tahun, tarikh lahir yang ada pada rekod ahli Kumpulan Wang itu hendaklah disifatkan mengikat ahli Kumpulan Wang itu.”;

P.U. (A) 37 4

apa-apa amaun yang ada pada kredit dalam Akaun II ahli Kumpulan

Wang itu menurut perenggan 54(6)(a) Akta.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subkaedah (1H) subkaedah yang berikut:

“Ahli Kumpulan

Wang telah mencapai umur lima puluh lima tahun atau enam puluh tahun.

(1I)

Jika suatu notis pengeluaran dikemukakan kepada Lembaga, di bawah seksyen 55A Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan Wang mencapai umur lima puluh lima tahun, atau di bawah seksyen 55B Akta atas alasan bahawa ahli Kumpulan

Wang mencapai umur enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, tarikh lahir yang ada pada rekod ahli Kumpulan Wang itu hendaklah disifatkan mengikat ahli Kumpulan Wang itu.

(1J)

Walau apa pun subkaedah

(1I)

, jika Lembaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa tarikh lahir yang ada pada rekod ahli Kumpulan Wang itu adalah tidak betul, Lembaga boleh memperoleh keterangan lanjut mengenai tarikh lahir ahli Kumpulan Wang itu.

(1K)

Jika Lembaga berpuas hati dengan notis pengeluaran yang dikemukakan oleh ahli Kumpulan Wang itu di bawah subkaedah (1I)

dan tarikh lahir seseorang ahli Kumpulan Wang itu adalah benar, Lembaga boleh membenarkan ahli Kumpulan Wang itu mengeluarkan apa-apa amaun yang ada pada kredit dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu menurut seksyen 55A atau 55B Akta, mengikut mana-mana yang

P.U. (A) 37 5

Dibuat 23 Januari 2026

[MOF.SBM(R)600-41/39/91 JLD.5; PN(PU2)498/JLD.21]

TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI

Pengerusi

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkenaan.

(1L)

Tertakluk kepada subkaedah (1I), jika ahli Kumpulan Wang itu mempunyai kredit dalam akaunnya yang melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, ahli Kumpulan

Wang itu boleh mengemukakan suatu notis pengeluaran kepada Lembaga bagi apa-apa lebihan amaun itu dan mengkreditkan amaun itu ke dalam

Akaun I ahli Kumpulan Wang lain menurut seksyen 44A Akta.

(1M)

Notis pengeluaran yang dikemukakan di bawah subkaedah (1L) boleh dibatalkan oleh ahli Kumpulan Wang itu pada bila-bila masa dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis pengeluaran itu diterima oleh Lembaga.”.

P.U. (A) 37 6

EMPLOYEES PROVIDENT FUND ACT 1991

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (AMENDMENT) RULES 2026

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2026