Malaysia legislation

Section 32

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 32

Setiausaha hendaklah mempunyai kewajipan untuk—

(a)

berusaha untuk memastikan keputusan dan dasar Jawatankuasa Kariah dilaksanakan;

(b)

mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat kepada anggota

Jawatankuasa Kariah;

(c)

menyediakan minit mesyuarat

Jawatankuasa

Kariah dan minit

Mesyuarat Tahunan dan laporan lain yang perlu;

(d)

menjaga dan menyimpan buku, rekod dan dokumen lain

Jawatankuasa Kariah kecuali yang berhubung dengan kewangan;

(e)

bertindak sebagai pegawai perhubungan bagi masjid dan anak kariah;

(f)

menyediakan laporan Mesyuarat Tahunan dan mengemukakan satu salinan laporan itu kepada Jabatan dan Setiausaha Majlis; dan

(g)

menjalankan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

Kewajipan Bendahari

Section 32 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019