Malaysia legislation
Section 11
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 11
(1)
Ketua Pendaftar Wakaf hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu Daftar Wakaf.
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), Daftar Wakaf hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
butir-butir mawquf yang Majlis sebagai pemegang amanah tunggal atau mawquf ‘alaih;
(b)
butir-butir waqif;
(c)
butir-butir mawquf ‘alaih;
(d)
butir-butir mutawalli dan qayyim; dan
(e)
butir-butir lain yang berhubungan dengan wakaf yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Ketua Pendaftar Wakaf.
P.U. (A) 445 12
Pendaftaran wakaf