Skip to content

Seksyen 12

Pendaftaran wakaf

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025

P.U. (A)In forceProvision 12 of 36
Seksyen 12

(1)

Seseorang yang ingin menyerahkan hartanya sebagai suatu wakaf boleh memohon bagi pendaftaran wakaf itu kepada Jawatankuasa Wakaf mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Wakaf.

(2)

Jawatankuasa Wakaf boleh menentukan jenis harta yang tidak perlu didaftarkan sebagai suatu wakaf.

(3)

Jika Jawatankuasa Wakaf berpuas hati bahawa permohonan di bawah subkaedah (1) telah mematuhi rukun dan syarat wakaf di bawah Kaedah-Kaedah ini,

Jawatankuasa

Wakaf boleh meluluskan permohonan itu dan mengarahkan

Ketua Pendaftar Wakaf untuk mendaftarkan wakaf itu dalam Daftar Wakaf.

(4)

Jawatankuasa Wakaf boleh menyebabkan suatu wakaf didaftarkan dalam Daftar Wakaf.