Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(1)
Selepas menimbangkan permohonan di bawah subkaedah 13(1) dan butir-butir, maklumat atau dokumen di bawah subkaedah 13(2), Ketua Pengarah boleh mengeluarkan lesen sekiranya Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pembinaan premis itu mematuhi syarat yang dikenakan ke atas permit di bawah kaedah 8.
(2)
Jika pembinaan premis itu tidak mematuhi syarat yang dikenakan ke atas permit di bawah kaedah 8, Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan lesen.
(3)
Jika Ketua Pengarah membuat keputusan untuk mengeluarkan lesen di bawah subkaedah (1), pemohon hendaklah membayar fi, mengikut sistem kultur, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebelum pengeluaran lesen.
(4)
Jika Ketua Pengarah enggan mengeluarkan lesen di bawah subkaedah (2),
Ketua Pengarah hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai keputusannya kepada pemohon dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.
11
Pematuhan syarat yang dikenakan ke atas lesen