Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018

Seksyen 10

(1)

Suatu firma dalam amalan undang-undang berkumpulan boleh—

(a)

meminta suatu firma yang lain dalam amalan undang-undang berkumpulan yang sama untuk menjalankan kerja yang diarahkan oleh seseorang klien firma itu dengan syarat klien itu telah memberikan persetujuannya secara bertulis; dan

(b)

bertindak bagi suatu pihak dalam suatu perkara apabila suatu firma yang lain dalam amalan undang-undang berkumpulan yang sama bertindak bagi suatu pihak yang lain dalam perkara yang sama dengan syarat kedua-dua pihak itu telah memberikan persetujuan mereka secara bertulis.

(2)

Suatu notis yang menggabungkan perkara dalam perenggan (1)(a) dan (b)

dalam bentuk yang ditentukan oleh Majlis Peguam hendaklah dipamerkan dengan jelas dalam pejabat amalan undang-undang berkumpulan.

(3)

Seseorang peguam bela dan peguam cara bagi mana-mana firma dalam amalan undang-undang berkumpulan yang merupakan seorang pesuruhjaya sumpah

P.U. (A) 142 8

atau seorang penyaksi awam boleh mengaku saksi apa-apa dokumen yang menghendaki pengakusaksian klien bagi firma yang lain dalam amalan undang-undang berkumpulan itu.

Tanggungan berasingan

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018