Seksyen 12
Akaun bank
of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan Undang-Undang Berkumpulan) 2018
(1)
Mana-mana firma dalam amalan undang-undang berkumpulan boleh membuka dan mengendalikan suatu akaun bank bersama bagi maksud memenuhi perbelanjaan bersama amalan undang-undang berkumpulan itu.
P.U. (A) 142 9
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), setiap firma dalam amalan undang-undang berkumpulan hendaklah menyenggara, secara berasingan daripada firma yang lain dalam amalan undang-undang berkumpulan itu, akaun pejabatnya sendiri dan akaun kliennya.
(3)
Dalam kaedah ini,—
(a)
“akaun klien” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Kaedah-Kaedah Akaun Peguamcara 1990 [P.U. (A) 301/1990]; dan
(b)
“akaun pejabat” ertinya suatu akaun yang disenggara oleh peguam bela dan peguam cara bagi amalannya, selain akaun klien.