Malaysia legislation

Section 11

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018

Seksyen 11

(1)

Suatu amalan undang-undang berkumpulan tidak mempunyai entiti juridikal dan suatu notis yang bermaksud sedemikian hendaklah dipamerkan dengan jelas dalam pejabat amalan undang-undang berkumpulan itu.

(2)

Suatu amalan undang-undang berkumpulan tidak boleh dikendalikan sebagai suatu perkongsian dan notis mengenainya hendaklah diberikan kepada klien firma masing-masing.

(3)

Setiap firma dalam amalan undang-undang berkumpulan—

(a)

hendaklah bertanggungan bagi membayar dan menjelaskan hutang dan tanggungannya; dan

(b)

hendaklah memastikan firma yang lain dalam amalan undang-undang berkumpulan dan harta masing-masing menanggung rugi terhadap hutang dan tanggungan dan terhadap semua tindakan, prosiding, kos, tuntutan dan permintaan berkenaan dengan hutang dan tanggungan itu.

(4)

Setiap firma dalam amalan undang-undang berkumpulan hendaklah menanggung premium insurans tanggung rugi profesionalnya, kos perakaunan dan audit, yuran profesional dan seumpamanya, dan levi yang kena dibayar kepada

Majlis Peguam.

Akaun bank

Section 11 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018