Malaysia legislation
Section 13
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018
Seksyen 13
(1)
Berhubung dengan firma dalam suatu amalan undang-undang berkumpulan yang merupakan suatu ketuanpunyaan tunggal, tuan punya tunggal itu hendaklah melantik secara bertulis suatu firma dalam amalan undang-undang berkumpulan yang sama untuk bertindak bagi pihak tuan punya tunggal itu sekiranya berlaku ketidakupayaan atau kematiannya.
(2)
Pelantikan yang dibuat di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada kebenaran Majlis Peguam.
Dibuat 8 Jun 2018
GEORGE VARUGHESE
Pengerusi Majlis Peguam
Diluluskan 12 Jun 2018
TOMMY THOMAS
Peguam Negara
P.U. (A) 142 10
LEGAL PROFESSION ACT 1976
LEGAL PROFESSION (GROUP LAW PRACTICE) RULES 2018
_______________________________