Seksyen 9
Daftar amalan undang-undang berkumpulan
of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan Undang-Undang Berkumpulan) 2018
P.U. (A)In forceProvision 9 of 13
Seksyen 9
(1)
Majlis Peguam hendaklah menyenggara suatu daftar amalan undang-undang berkumpulan.
(2)
Mana-mana firma yang menyertai atau menarik diri daripada amalan undang-undang berkumpulan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh menyertai atau menarik diri itu, memberitahu Majlis Peguam secara bertulis mengenai penyertaan atau penarikan diri itu.