Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) (PINDAAN) 2013

Seksyen 4

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 13 kaedah yang berikut:

4

“Perubahan dalam syarat bagi kelulusan galakan 13A.

(1)

Seseorang pemegang kelulusan galakan boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa untuk mengubah syarat bagi kelulusan galakan.

(2)

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa dan disertai dengan─

(a)

butiran tentang perubahan yang dicadangkan dan alasan bagi perubahan;

(b)

apa-apa maklumat dan dokumen lain yang dikehendaki oleh

Pihak Berkuasa; dan

(c)

fi pemprosesan yang ditetapkan dalam Jadual Kedua, dalam masa dan cara yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Sesuatu permohonan yang gagal mematuhi subkaedah (2), hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak ingin diteruskan oleh pemegang kelulusan galakan.

(4)

Apa-apa permohonan yang disifatkan telah ditarik balik atau tidak diteruskan di bawah subkaedah (3) tidaklah menjejaskan hak pemegang kelulusan galakan untuk membuat permohonan baru.

(5)

Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subkaedah (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.

(6)

Pihak

Berkuasa hendaklah memberitahu secara bertulis keputusannya kepada pemegang kelulusan galakan. ”.

5

Pindaan kaedah 15

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) (PINDAAN) 2013