Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) (PINDAAN) 2013
Seksyen 5
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 15 dengan kaedah yang berikut:
“Perubahan dalam butir-butir maklumat 15.
(1)
Jika selepas suatu kelulusan galakan diberikan dan suatu perakuan kelulusan galakan dikeluarkan, terdapat apa-apa perubahan dalam butir-butir maklumat yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa di bawah kaedah 10, pemegang kelulusan galakan hendaklah, secepat yang mungkin, meminta secara bertulis dan mengemukakan perakuan kelulusan galakan kepada Pihak Berkuasa supaya meminda maklumat yang berkaitan sebagaimana dikemukakan kepada Pihak
Berkuasa.
(2)
Selepas penerimaan permintaan di bawah subkaedah (1), Pihak
Berkuasa boleh meluluskan atau menolak permintaan itu.
(3)
Fi pemprosesan yang ditetapkan dalam Jadual Kedua─
(a)
dikenakan ke atas pemegang kelulusan galakan yang permintaan itu diluluskan dan hendaklah dibayar oleh pemegang kelulusan galakan selepas menerima notis daripada
Pihak Berkuasa; dan
(b)
tidak dikenakan ke atas pemegang kelulusan galakan apabila perubahan dalam butir-butir maklumat itu adalah berpunca daripada Pihak Berkuasa.
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah, pada bila-bila masa, selepas meluluskan permintaan itu dan menerima fi pemprosesan─
6
(a)
meminda maklumat yang berkaitan sebagaimana dinyatakan dalam permintaan itu;
(b)
memberitahu secara bertulis pemegang kelulusan galakan tentang pindaan itu; dan
(c)
membuat pengendorsan atau pindaan pada perakuan kelulusan galakan atau mengeluarkan suatu perakuan kelulusan galakan yang baru, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Pihak Berkuasa boleh menolak permintaan di bawah subkaedah (2), jika selepas suatu siasatan yang difikirkannya patut dan wajar, ia berpuas hati atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa perubahan dalam butir-butir maklumat itu—
(a)
akan mengakibatkan pemegang kelulusan galakan tidak mematuhi kriteria kelayakan yang diperihalkan dalam kaedah 3; atau
(b)
sebaliknya akan mengakibatkan pemegang kelulusan galakan itu tidak lagi layak untuk diberikan kelulusan galakan di bawah
Akta atau Kaedah-Kaedah ini.
(6)
Suatu penolakan di bawah subkaedah (5) hendaklah tanpa menjejaskan hak Pihak Berkuasa untuk membatalkan kelulusan galakan di bawah seksyen 10 Akta.”.
7
Pindaan kaedah 16