Skip to content

Section 22

Pemindahan harta atau tanggungan

of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

ActIn forceProvision 22 of 36
Section 22
(1)

Jika cadangan itu mengarahkan supaya harta atau tanggungan dipindahkan, Pentadbir hendaklah memindahkan harta atau tanggungan itu kepada penerima pindahan mengikut peruntukan peletakhakan di bawah Bahagian V dan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam cadangan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu sebutan mengenai “Malaysia

Airlines Berhad” dalam Bahagian V hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penerima pindahan yang dicadangkan yang dinamakan dalam cadangan itu.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 765