Skip to content

Section 25

Malaysia Airlines Berhad, dsb., bukan majikan pengganti

of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

ActIn forceProvision 25 of 36
Section 25
(1)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang, jika Pentadbir mengambil alih kawalan Syarikat yang Ditadbir, atau jika Malaysia Airlines

Berhad membuat suatu tawaran pekerjaan kepada seseorang yang berada dalam penggajian atau perkhidmatan Syarikat yang Ditadbir, atau jika Malaysia Airlines Berhad membuat suatu perjanjian perkhidmatan peralihan dengan Syarikat yang Ditadbir, Pentadbir, pelantik atau Malaysia Airlines Berhad tidak boleh—

(a)

dianggap sebagai pengganti, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau majikan pengganti kepada

Syarikat yang Ditadbir;

(b)

bertanggungan bagi apa-apa obligasi yang berhubungan dengan apa-apa pelan persaraan atau pelan manfaat pasca pekerjaan yang lain berkenaan dengan pekerja atau bekas pekerja Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana pendahulu bagi Syarikat yang Ditadbir yang wujud sebelum pengambilalihan kawalan atau pelantikan itu; atau

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(c)

bertanggungan bagi apa-apa jumlah wang yang dikira dengan merujuk kepada suatu tempoh masa sebelum

Malaysia Airlines Berhad menjadi majikan orang yang berkenaan.

(2)

Malaysia Airlines Berhad, pelantik dan Pentadbir tidak boleh dinamakan sebagai suatu pihak dalam apa-apa tuntutan atau permohonan yang dibuat atau ditambahkan sebagai suatu pihak dalam apa-apa prosiding yang dimulakan atau diteruskan oleh atau bagi pihak mana-mana pekerja atau bekas pekerja Syarikat yang

Ditadbir menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177],

Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah 1950 [Sabah