Skip to content

Section 34

Had ke atas pemberian perintah mahkamah

of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

ActIn forceProvision 34 of 36
Section 34
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang, suatu perintah mahkamah tidak boleh diberikan—

(a)

bagi menggantung, menyekat atau menyentuh kuasa

Pentadbir di bawah Akta ini;

(b)

bagi menggantung, menyekat atau menyentuh apa-apa tindakan yang diambil atau yang dicadangkan untuk diambil oleh Pentadbir di bawah Akta ini; atau

(c)

bagi memaksa Pentadbir untuk melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan, dan apa-apa perintah sedemikian, jika diberikan, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak boleh menjadi hal perkara apa-apa proses pelaksanaan sama ada bagi maksud memaksa pematuhan kepada perintah itu atau selainnya.

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(2)

Keputusan pelantik dalam seksyen 4 dan 5, Menteri dalam subseksyen 12(2) dan Pentadbir dalam subseksyen 17(1) adalah muktamad.