Skip to content

Section 10

Pengemukaan pernyataan kepada pengantara

of Mediation Act 2012

ActIn forceProvision 10 of 20
Section 10
(1)

Pengantara boleh meminta setiap pihak untuk mengemukakan pernyataan yang menghuraikan fakta ringkas pertikaian, disertai dengan apa-apa dokumen yang disifatkan sesuai oleh pihak itu untuk dikemukakan.

(2)

Pada mana-mana peringkat pengantaraan, pengantara boleh meminta mana-mana pihak supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang disifatkan sesuai oleh pengantara.

Pengantaraan 11