Skip to content

Section 11

Penjalanan pengantaraan

of Mediation Act 2012

ActIn forceProvision 11 of 20
Section 11
(1)

Pengantara hendaklah memastikan bahawa pengantaraan dijalankan secara tertutup dan pengantara boleh berjumpa dengan pihak-pihak bersama-sama atau dengan setiap pihak secara berasingan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

seseorang bukan pihak yang dipilih oleh mana-mana pihak boleh menyertai pengantaraan bagi membantu pihak itu, tertakluk kepada persetujuan pengantara; dan

(b)

seseorang bukan pihak yang dipilih oleh pengantara boleh menyertai pengantaraan bagi membantu pengantara semasa pengantaraan, tertakluk kepada persetujuan pihak-pihak.

(3)

Pengantara boleh mengakhiri pengantaraan jika, pada pendapatnya, usaha selanjutnya melalui pengantaraan tidak akan menyumbang kepada penyelesaian yang memuaskan bagi pertikaian antara pihak-pihak itu.