Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar Malaysia;

(b)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di

Republik

Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(d)

Kerajaan

Republik

Rakyat

China,

Republik

Korea dan

Republik Sosialis Viet Nam.

(2)

Sekiranya mana-mana pihak berkepentingan tidak dihubungi oleh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”) pihak berkepentingan itu bolehlah menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen yang disebut dalam perenggan 1.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran itu.

P.U. (B) 199 5

Pengumpulan maklumat