P.U. (B) · As enacted
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Dawai Konkrit Prategasan yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Thailand
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Petisyen
Petisyen itu telah dibuat oleh—
Southern PC Steel Sdn. Bhd.
No 5, Jalan Utas 15/7
Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia, pengeluar dalam negeri dawai konkrit prategasan, bagi pihak industri Malaysia.
Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan ialah dawai konkrit prategasan yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan
Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7217.10.3300.
P.U. (B) 317 3
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.
Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di Republik Rakyat China dan Thailand dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia.
Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Republik Rakyat China dan Thailand telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.
Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lainnya, peningkatan jumlah import, pengurangan syer pasaran, penurunan harga, kemelesetan harga, kenaikan inventori, pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah, produktiviti yang rendah dan ketidakupayaan untuk menambah modal.
Setelah menentukan bahawa terdapat kewujudan keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan kepada industri Malaysia.
P.U. (B) 317 4
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari Republik Rakyat
China dan Thailand yang dinamakan dalam petisyen;
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
Kerajaan Republik Rakyat China dan Thailand.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hendaklah menghubungi MITI melalui e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.
s 7Pengumpulan maklumat
Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara elektronik, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.
s 8Penentusahan maklumat
Kerajaan boleh menentusahkan ketepatan maklumat yang dikemukakan semasa penyiasatan mengikut seksyen 40 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 38 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
P.U. (B) 317 5
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.
Semua pengemukaan maklumat dan maklum balas soal selidik hendaklah dibuat secara elektronik melalui Sistem Pengurusan Penyiasatan Remedi Perdagangan
(TRIMA), yang boleh diakses di https://traderemedies.miti.gov.my.
Apa-apa pertanyaan lanjut dan surat-menyurat boleh dikemukakan kepada—
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon
: (603) 6208 4633/4660/4642/4635
Nombor Faksimili
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my.
P.U. (B) 317 6
Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang ditetapkan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.
Bertarikh 28 Ogos 2026
[MITI.600-2/2/58(S)]; PN(PU2)529/JLD.34]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 317 7
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO
IMPORTS OF PRESTRESSING CONCRETE WIRE ORIGINATING OR EXPORTED FROM
THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA AND THE KINGDOM OF THAILAND
(AD 02/26)