In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Contents
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Dawai Konkrit Prategasan yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Thailand · As enacted
9. Had masa
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
(1)
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
(2)
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.