P.U. (B) · As enacted
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Sejuk Keluli Aloi atau Bukan Aloi Dengan Kelebaran Kurang Daripada 1300MM (Pengurangan Sejuk) Tidak Bersalut, Tidak Bersadur atau Tidak Bersepuh (dalam Bentuk Gegelung, Kepingan, Jalur, Gelung atau Apa-Apa Bentuk Lain) yang Berasal atau Dieksport Dari Jepun
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Petisyen
Petisyen itu telah dibuat oleh—
Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Lot 717, Jalan Sungai Rasau
Seksyen 16, 40200 Shah Alam
Selangor
Malaysia pengeluar dalam negeri produk gulungan sejuk keluli aloi atau bukan aloi dengan kelebaran kurang daripada 1300mm (pengurangan sejuk) tidak bersalut, tidak bersadur atau tidak bersepuh (dalam bentuk gegelung, kepingan, jalur, gelung atau apa-apa bentuk lain) bagi pihak industri Malaysia.
P.U. (B) 33 3
Dagangan subjek yang dikatakan telah dilambakkan di Malaysia ialah produk gulungan sejuk keluli aloi atau bukan aloi dengan kelebaran kurang daripada 1300mm (pengurangan sejuk) tidak bersalut, tidak bersadur atau tidak bersepuh (dalam bentuk gegelung, kepingan, jalur, gelung atau apa-apa bentuk lain)
yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan
Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7209.15.00 00, 7209.16.10 00,
7209.16.90 00, 7209.17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7209.25.00 00,
7209.26.10 00, 7209.26.90 00, 7209.27.10 00, 7209.27.90 00, 7209.28.90 00,
7209.90.90 00, 7211.23.20 00, 7211.23.90 00, 7211.29.20 00, 7211.29.90 00,
7211.90.11 00, 7211.90.12 00, 7225.50.90 00, 7225.99.90 00, 7226.92.10 00
dan 7226.92.90 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1)
diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.
Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di Jepun dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia.
Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Jepun telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.
Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lainnya, pengurangan syer pasaran, kemerosotan jualan, kemerosotan jumlah pengeluaran sebenar, penggunaan kapasiti dan produktiviti, kemerosotan keuntungan, penurunan aliran tunai, pengurangan
P.U. (B) 33 4
dalam pulangan pelaburan dan jumlah aset serta keupayaan rendah untuk meningkatkan modal.
Setelah menentukan bahawa terdapat kewujudan keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Penyiasatan ini akan menentukan sama ada kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan kepada industri Malaysia.
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
Pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari Jepun yang dinamakan dalam petisyen;
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
Kerajaan Jepun.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.
P.U. (B) 33 5
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.
s 7Pengumpulan maklumat
Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan jawapan itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan dinyatakan selainnya.
Semua pengemukaan maklumat, jawapan soal selidik dan surat-menyurat hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faksimile pihak berkepentingan itu kepada—
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
P.U. (B) 33 6
Nombor telefon:
6208 4632/4634/4646
Nombor faksimile: (603) 6211 4429
Alamat e-mel:
alltps@miti.gov.my
s 2
Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.
Bertarikh 25 Januari 2023
[MITI.600-2/2/23; PN(PU2)529/JLD. 31]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (B) 33 7
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO
IMPORTS OF COLD ROLLED PRODUCTS OF ALLOY OR NON-ALLOY STEEL OF A WIDTH
LESS THAN 1300MM (COLD-REDUCED) NOT CLAD, NOT PLATED OR NOT COATED
(IN COIL, SHEET, STRIP, HOOP OR ANY OTHER FORMS) ORIGINATING OR EXPORTED
FROM JAPAN
(AD 01/23)