Malaysia legislation

Section 8

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN SEJUK KELULI ALOI ATAU BUKAN ALOI DENGAN KELEBARAN KURANG DARIPADA 1300MM (PENGURANGAN SEJUK) TIDAK BERSALUT, TIDAK BERSADUR ATAU TIDAK BERSEPUH (DALAM BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN, JALUR, GELUNG ATAU APA-APA BENTUK LAIN) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI JEPUN

Seksyen 8

Had masa

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan jawapan itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan dinyatakan selainnya.

Pengemukaan maklumat bertulis, jawapan soal selidik dan surat-menyurat