P.U. (B) · As enacted
Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Rod Dawai Keluli yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Petisyen
Petisyen itu telah dibuat bagi pihak industri Malaysia oleh pengeluar dalam negeri rod dawai keluli yang berikut:
Southern Steel Berhad 2723, Lorong Perusahaan 12, Prai Industrial Estate 13600 Prai, Pulau Pinang
Malaysia
Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan di Malaysia ialah rod dawai keluli yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan (“Kod H.S.”)
dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7213.91.10 00, 7213.91.20 00,
7213.91.90 00 dan 7227.90.90 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.
P.U. (B) 414 3
Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia.
Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.
Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lain, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, pengurangan syer pasaran, kemerosotan jualan, kemerosotan keuntungan, kemerosotan jumlah pengeluaran sebenar dan penggunaan kapasiti, pengurangan dalam penggajian dan upah, pengurangan dalam pulangan jumlah aset dan keupayaan rendah untuk meningkatkan modal.
Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1)
Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan itu kepada industri Malaysia.
P.U. (B) 414 4
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari
Republik
Rakyat
China,
Republik
Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam yang dinamakan dalam petisyen;
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.
s 7Pengumpulan maklumat
Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya, dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.
P.U. (B) 414 5
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas soal selidik dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan duti anti-lambakan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.
Semua pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik, surat-menyurat dan permintaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, dan nombor telefon dan faksimile pihak berkepentingan itu kepada—
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon
: (603) 6208 4634/4640/4642/4646
Nombor Faksimile
: (603) 6211 4429
Alamat e-mel
: alltps@miti.gov.my
Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.
P.U. (B) 414 6
Bertarikh 6 Oktober 2024
[MITI.S.600-2/2/39; PN(PU2)529/JLD.33]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
P.U. (B) 414 7
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD
TO IMPORTS OF STEEL WIRE RODS ORIGINATING OR EXPORTED FROM
THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, THE REPUBLIC OF INDONESIA
AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 03/24)