Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Rod Dawai Keluli yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam · As enacted
6. Soal selidik
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari
Republik
Rakyat
China,
Republik
Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam yang dinamakan dalam petisyen;
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.