Skip to content
Back to the text

Notis Syor yang Dicadangkan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri Sarawak Sebagaimana yang Telah Dikaji Semula Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Tahun 2026 · s 2

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 2

Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bercadang untuk mengesyorkan dalam laporannya syor yang berikut:

(a)

tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan bagi Negeri Sarawak;

(b)

terdapat bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan yang terlibat dalam semakan semula dan tersentuh oleh syor yang dicadangkan;

(c)

jumlah bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi Negeri Sarawak ditambah sebanyak tujuh belas (17) bahagian pilihan raya Negeri yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian-bahagian pilihan raya

Negeri bagi

Negeri Sarawak sebanyak sembilan puluh sembilan (99) bahagian pilihan raya Negeri;

(d)

bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya ini, terdapat pindaan dibuat kepada nama bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan yang melibatkan satu (1) bahagian pilihan raya persekutuan dalam Negeri Sarawak; dan

P.U. (B) 320 3

(e)

terdapat juga pindaan dibuat kepada nama bahagian-bahagian pilihan raya

Negeri yang melibatkan sepuluh (10) bahagian-bahagian pilihan raya Negeri dalam Negeri Sarawak.