Skip to content
Contents

Section 2

Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bercadang untuk mengesyorkan dalam laporannya syor yang berikut:

(a)

tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan bagi Negeri Sarawak;

(b)

terdapat bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan yang terlibat dalam semakan semula dan tersentuh oleh syor yang dicadangkan;

(c)

jumlah bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi Negeri Sarawak ditambah sebanyak tujuh belas (17) bahagian pilihan raya Negeri yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian-bahagian pilihan raya

Negeri bagi

Negeri Sarawak sebanyak sembilan puluh sembilan (99) bahagian pilihan raya Negeri;

(d)

bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya ini, terdapat pindaan dibuat kepada nama bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan yang melibatkan satu (1) bahagian pilihan raya persekutuan dalam Negeri Sarawak; dan

P.U. (B) 320 3

(e)

terdapat juga pindaan dibuat kepada nama bahagian-bahagian pilihan raya

Negeri yang melibatkan sepuluh (10) bahagian-bahagian pilihan raya Negeri dalam Negeri Sarawak.

Report