Malaysia legislation

Section 11

of ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021

Seksyen 11

Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sarawak yang berhubungan dengan perbelanjaan yang dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang Disatukan Negeri, apa-apa perbelanjaan yang menghendaki suatu ordinan atau ketetapan Dewan Undangan Negeri, dan pengeluaran daripada

Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu, bagi tempoh darurat berkuat kuasa, apa-apa perbelanjaan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri itu boleh dibuat dengan kelulusan Ketua Menteri atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan mengikut cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana Arahan Perbendaharaan atau

Pekeliling Perbendaharaan yang berhubungan dengannya yang pada masa itu berkuat kuasa.

Section 11 — ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (SARAWAK) 2021