Skip to content

Seksyen 14

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021

P.U. (A)In forceProvision 14 of 14
Seksyen 14

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap

Kerajaan, mana-mana pegawai awam atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, dalam melaksanakan peruntukan

Ordinan ini.