Skip to content

Part III · Bahagian III Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana estet atau sebahagian daripadanya, yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya,

Section 9

Feedback & support

Akta dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24F seksyen yang berikut:

“Kuasa Ketua Pengarah untuk mengarahkan penggantian, pengubahan dan pembaikan penginapan dan kemudahan

24FA. (1) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana penginapan atau kemudahan yang disediakan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat kepada pekerja tidak mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini,

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu notis kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengganti, mengubah atau membaiki penginapan atau kemudahan itu dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam notis itu.

(2)

Semua perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat itu.

P.U. (A) 77 7

(3)

Majikan atau penyedia penginapan berpusat tidak boleh mendapatkan kembali daripada pekerja perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Ketua Pegarah untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan penginapan sementara

24FB. (1)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya perlu bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja, mengeluarkan suatu notis kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk memberi arahan lanjut kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat yang kepadanya arahan telah diberikan di bawah subseksyen 24FA(1) untuk menyediakan penginapan sementara bagi pekerja itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam menjalankan penggantian, pengubahan atau pembaikan penginapan atau kemudahan itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat yang berhubungan dengan penginapan sementara yang disediakan kepada pekerja di bawah subseksyen (1).

(3)

Seksyen 24D tidak terpakai bagi penginapan sementara yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Semua perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1), termasuk kos bagi pengangkutan pekerja dari penginapan

P.U. (A) 77 8

ke penginapan sementara, sewa penginapan sementara dan perjalanan pekerja di antara tempat pekerjaannya dengan penginapan sementara hendaklah ditanggung oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat.

(5)

Majikan atau penyedia penginapan berpusat tidak boleh mendapatkan kembali daripada pekerja perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dalam mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1).

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (4)

atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 26

Report