Skip to content

Section

Pengemukaan pasport apabila memasuki atau berlepas dari Malaysia

of Passports Act 1966

ActIn forceProvision 3 of 25
Section 2
(1)

Tiap-tiap orang yang memasuki Malaysia dari mana-mana tempat di luar Malaysia hendaklah mengemukakan suatu pasport kepada pegawai imigresen; dan pasport itu hendaklah dalam hal seseorang bukan warganegara, mempunyai suatu visa yang sah bagi Malaysia yang dikeluarkan atas kuasa dan oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia.