2. Pengemukaan pasport apabila memasuki atau berlepas dari Malaysia
Feedback & supportTiap-tiap orang yang memasuki Malaysia dari mana-mana tempat di luar Malaysia hendaklah mengemukakan suatu pasport kepada pegawai imigresen; dan pasport itu hendaklah dalam hal seseorang bukan warganegara, mempunyai suatu visa yang sah bagi Malaysia yang dikeluarkan atas kuasa dan oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Tiap-tiap orang yang meninggalkan Malaysia untuk pergi ke suatu tempat di luar Malaysia hendaklah mengemukakan suatu pasport kepada pegawai imigresen, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai itu.
Seseorang pegawai imigresen boleh, berhubungan dengan mana-mana pasport yang dikemukakan di bawah seksyen ini, mengemukakan apa-apa soalan yang difikirkannya perlu kepada mana-mana orang yang mengemukakan pasport itu; dan orang itu hendaklah menjawab soalan itu dengan benar.
Pasport
Seseorang pegawai imigresen boleh membuat apa-apa pengendorsan yang difikirkannya patut pada mana-mana pasport yang dikemukakan di bawah seksyen ini.