Malaysia legislation
Section 38
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013
Seksyen 38
Pentauliahan pegawai
(1)
Mana-mana pegawai yang telah dikurniakan suatu tauliah oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Majlis Angkatan Tentera, hendaklah memasuki perkhidmatan sebagai seorang pegawai dalam Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut
Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Suatu tauliah yang dikurniakan kepada seseorang pegawai hendaklah dibuat dalam bentuk Watikah Pentauliahan mengikut Perintah Majlis Angkatan
Tentera.
(3)
Seseorang pegawai boleh dibenarkan untuk—
(a)
memegang tauliah tetap dan hendaklah berkhidmat bagi suatu tempoh perkhidmatan yang tidak ditentukan; atau
(b)
memegang tauliah jangka pendek dan hendaklah berkhidmat bagi suatu tempoh perkhidmatan tertentu,
25
dalam Senarai Tugas Am, Senarai Tugas Ikhtisas atau Senarai Tugas Khas, sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang layak.
Pelanjutan perkhidmatan pegawai tauliah jangka pendek