Skip to content

Seksyen 40

Pertukaran tauliah

of Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan bagi Angkatan Tetap) 2013

P.U. (A)In forceProvision 38 of 40
Seksyen 40

(1)

Seseorang pegawai tauliah jangka pendek boleh, sebelum genap tempoh perkhidmatannya yang ditetapkan, memohon melalui Ketua Perkhidmatannya untuk menukarkan tauliahnya menjadi suatu tauliah tetap.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Majlis Angkatan Tentera, mengurniakan tauliah tetap kepada pegawai tauliah jangka pendek yang memohon di bawah subperaturan (1), berkuat kuasa pada tarikh semasa.