Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Cara menuntut pembayaran balik
(1)
Mana-mana orang yang layak untuk menuntut pembayaran balik di bawah subseksyen 8(4), seksyen 21 atau seksyen 22 Akta hendaklah memohon dalam
Borang TTx-04.
(2)
Suatu permohonan bagi pembayaran balik di bawah seksyen 21 Akta hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh peremitan diberikan dan hendaklah disokong dengan apa-apa keterangan yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pembetulan kesilapan