Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021

Seksyen 4

Pemberitahuan mengenai perubahan butir-butir pemberi perkhidmatan platform digital

(1)

Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah dengan serta-merta memberitahu pegawai kanan kastam secara bertulis apabila terdapat apa-apa perubahan—

(a)

nama perniagaan;

(b)

alamat mana-mana tempat perniagaan;

(c)

status perniagaan; atau

(d)

orang yang diberi kuasa atau butir-butir orang yang diberi kuasa.

(2)

Pegawai kanan kastam hendaklah merekodkan perubahan yang diberitahu itu.

(3)

Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.

P.U. (A) 153 6

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021