Seksyen 4
Pemberitahuan mengenai perubahan butir-butir pemberi perkhidmatan platform digital
of Peraturan-Peraturan Cukai Pelancongan (Pemberi Perkhidmatan Platform Digital) 2021
P.U. (A)In forceProvision 4 of 16
Seksyen 4
(1)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah dengan serta-merta memberitahu pegawai kanan kastam secara bertulis apabila terdapat apa-apa perubahan—
(a)
nama perniagaan;
(b)
alamat mana-mana tempat perniagaan;
(c)
status perniagaan; atau
(d)
orang yang diberi kuasa atau butir-butir orang yang diberi kuasa.
(2)
Pegawai kanan kastam hendaklah merekodkan perubahan yang diberitahu itu.
(3)
Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.
P.U. (A) 153 6