Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021

Seksyen 5

(1)

Seseorang pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah mengeluarkan suatu nota kredit atau nota debit jika, selepas penyata telah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah, terdapat perubahan dalam amaun cukai pelancongan—

(a)

disebabkan perubahan pada kadar cukai pelancongan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 8 Akta; atau

(b)

disebabkan apa-apa pelarasan dalam perjalanan perniagaan.

(2)

Jika terdapat perubahan dalam amaun cukai pelancongan di bawah subperaturan (1)—

(a)

pemberi perkhidmatan platform digital hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai nota kredit atau nota debit dikeluarkan; atau

(b)

dalam hal pemberi perkhidmatan platform digital telah berhenti menjadi pemberi perkhidmatan platform digital, dia hendaklah membuat pelarasan dalam penyata bagi tempoh bercukai terakhir yang dalam tempoh tersebut dia ialah seorang pemberi perkhidmatan platform digital.

(3)

Nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang mudah dilihat;

P.U. (A) 153 7

(b)

nombor siri nota kredit atau nota debit;

(c)

tarikh nota kredit atau nota debit dikeluarkan;

(d)

nama, alamat dan nombor pendaftaran cukai pelancongan pemberi perkhidmatan platform digital;

(e)

sebab nota kredit atau nota debit dikeluarkan;

(f)

bilangan penginapan dan malam bagi setiap penginapan yang disediakan;

(g)

jumlah bayaran penginapan yang disediakan tidak termasuk cukai pelancongan;

(h)

kadar dan amaun cukai pelancongan; dan

(i)

nombor dan tarikh invois asal.

(4)

Mana-mana pemberi perkhidmatan platform digital yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021