Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021

Seksyen 7

(1)

Pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah melalui perbankan elektronik atau apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar hendaklah disifatkan telah dibayar apabila pembayaran itu diterima oleh Ketua Pengarah dan dikreditkan kepada

Ketua Pengarah.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), tiada apa-apa penalti akan dikenakan jika pembayaran cukai pelancongan dibuktikan telah dibuat oleh pemberi perkhidmatan platform digital sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 20I Akta.

(4)

Apa-apa pembayaran cukai pelancongan atau penalti yang kena dibayar yang diterima dan dikreditkan di bawah subperaturan (2) hendaklah tidak mengambil kira kadar pertukaran wang asing pada masa ia diterima oleh Ketua Pengarah dan dikreditkan kepada Ketua Pengarah.

(5)

Jumlah amaun cukai pelancongan yang kena dibayar dalam penyata hendaklah diisytiharkan dalam Ringgit Malaysia.

P.U. (A) 153 9

Cara menuntut pembayaran balik

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021