Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Bagi maksud menentukan pendapatan suatu bank atau institusi kewangan pembangunan, bank atau institusi kewangan pembangunan itu hendaklah bagi setiap tahun taksiran, menyenggara rekod berasingan berkenaan dengan—
(a)
butir-butir aset kewangan yang diukur pada kos terlunas;
(b)
pergerakan aset kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain;
(c)
kerugian rosotnilai yang dibenarkan sebagai suatu potongan dan amaun penarikbalikan dikira sebagai pendapatan kasar yang berhubungan dengan kerugian rosotnilai dari tarikh permulaan pemakaian; dan
(d)
apa-apa rekod lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Peruntukan peralihan