Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI BANK ATAU INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN YANG MENERIMA PAKAI PIAWAIAN LAPORAN KEWANGAN MALAYSIA 9: INSTRUMEN KEWANGAN) 2021

Seksyen 10

(1)

Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu bank atau institusi kewangan pembangunan mengiktiraf dalam untung atau rugi apa-apa laba atau kerugian yang tidak direalisasi berkenaan dengan aset sandaran atau liabiliti instrumen perlindungan nilai pada akaun hasil—

(a)

laba berkenaan dengan aset sandaran atau liabiliti instrumen perlindungan nilai itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu; dan

(b)

kerugian berkenaan dengan aset sandaran atau liabiliti instrumen perlindungan nilai itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu, daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

P.U. (A) 400 14

(2)

Peraturan ini tidak terpakai kepada apa-apa laba atau kerugian yang tidak direalisasi berkenaan dengan—

(a)

aset sandaran atau liabiliti instrumen perlindungan nilai yang diiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun modal; atau

(b)

perubahan nilai saksama instrumen perlindungan nilai yang diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain, yang laba atau kerugian itu tidak akan dicukai atau tidak dibenarkan sebagai suatu potongan.

Layanan cukai bagi laba atau kerugian berkenaan dengan instrumen kewangan yang berbangkit daripada urus niaga tukaran asing 11.

Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu bank atau institusi kewangan pembangunan mengiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil apa-apa laba atau kerugian, sama ada laba atau kerugian itu direalisasi atau tidak, berkenaan dengan suatu instrumen kewangan yang berbangkit daripada urus niaga tukaran asing—

(a)

laba yang berbangkit daripada urus niaga tukaran asing itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu; dan

(b)

kerugian yang berbangkit daripada urus niaga tukaran asing itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu, daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

P.U. (A) 400 15

Menyenggara rekod berasingan