Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI BANK ATAU INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN YANG MENERIMA PAKAI PIAWAIAN LAPORAN KEWANGAN MALAYSIA 9: INSTRUMEN KEWANGAN) 2021

Seksyen 13

(1)

Jika suatu bank atau institusi kewangan pembangunan didapati mempunyai kenaikan dalam kerugian rosotnilai yang berbangkit daripada pelarasan yang dibuat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran permulaan, amaun kenaikan dalam kerugian rosotnilai itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu bagi tahun taksiran permulaan.

(2)

Jika bank atau institusi kewangan pembangunan itu didapati mempunyai suatu penurunan dalam kerugian rosotnilai yang berbangkit daripada pelarasan yang dibuat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran permulaan, amaun penurunan dalam kerugian rosotnilai itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu bagi tahun taksiran permulaan.

(3)

Jika penarikbalikan dibuat kepada kerugian rosotnilai yang sebelum itu dibenarkan sebagai suatu potongan di bawah subperaturan (1), amaun penarikbalikan

P.U. (A) 400 16

sehingga baki mula yang dinyatakan semula pada tarikh permulaan pemakaian hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu bagi tahun taksiran penarikbalikan itu.

Dibuat 14 Oktober 2021

[MOF.TAX(S) 700-2/1/57 JLD. 2; LHDN.AY.A.600 12/1/7(29) -104; PN(PU2)80/JLD.102]

DATO’ SRI DR. SABIN @ SAPILIN BIN SAMITAH

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

P.U. (A) 400 17

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (SPECIAL TREATMENT FOR BANK OR DEVELOPMENT FINANCIAL

INSTITUTION WHICH ADOPT MALAYSIAN FINANCIAL REPORTING STANDARD 9:

FINANCIAL INSTRUMENTS) REGULATIONS 2021